BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

06 June 2010

Sedarkah kita wahai Melayu...

Hari demi hari,minggu demi minggu,bulan demi bulan,tahun demi tahun,abad demi abad. Bumi Malaysia kini mula memasuki era baru yang kian mencabar. Waktu terus berputar mengikut arus yang telah ditentukan. Masa tidak akan kebelakang.

Tatkala kita terus di ulit ketenangan,kemewahan,keselesaan,sedarkah kita akan pepercahan dikalangan Bumiputera di Bumi Malaysia ini? Sedarkah kita terhadap perang saraf yang berlaku dikalangan Bangsa Melayu? Tidak sama sekali. Bangsa Melayu kini enak diulit mimpi.

Sedih dan terus sedih.

Apabila bangsa lain saban hari sedang berusaha untuk bersatu menjadi SATU,KITA pula berusaha memusuhi antara satu sama lain. Saban hari yang berlalu, semakin renggang hubungan sesama kita. Arghh!!! Cukup sedih apabila aku melihat bangsa kita sesama sendiri bercakaran!!! Hanya kerana kuasa,negara mahu dijualkan!!! BODOH!!! Itu yang hanya mampu bermain di mulut-mulut mereka yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Mahukan kita di suatu ketika nanti,negara kita tidak lagi mempunya Raja dan Sultan yang menjadi simbol keagungan kita ? Mahukah kita menjadi pelarian di tanah sendiri ? Mahukah kita bangsa yang ditindas ? Mahukah kita dipijak-pijak oleh bangsa lain ? Mahukah kita menyesal dikemudian hari yang tiada lagi gunanya pada ketika itu ?

Sedarlah wahai bangsaku. Bersatula demi kebaikan bersama. Jangan hanya kuasa,kita hilang segalanya. Biarlah kita bersatu demi satu kuasa untuk kesenangan bersama.



0 comments: