BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

18 February 2010

ia kembali mekar ^_^

dulu,
ketika aku tidak pernah kenal
erti sedih,
erti kecewa,
erti duka,
ia sentiasa mekar tanpa mengira musim.

dulu,
ketika aku sentiasa senang hati,
ketawa riang bersama teman-teman,
ia sentiasa memberi aku baunya yang harum.

dulu,
ketika aku sering tersenyum,
dan melewati hari-hariku yang indah,
ia sentiasa menemani petangku dengan kecantikan.

dan setelah hidupku mula memasuki alam kecelaruan,
ia mula layu,tidak lagi harum,tidak lagi mahu mekar,
dan tidak lagi mahu menemani hari-hariku
seperti hari-hari yang dulu.

namun...
kini ia kembali mekar untuk menemani hari-hariku.
ia bagaikan mengerti isi hatiku yang inginkan kegembiraan,
yang inginkn keceriaan dan yang inginkan ketenangan.

moga ia terus mekar dan terus menemaniku
dalam meniti arus perjalanan hidupku...

^_^





0 comments: